Tampilkan postingan dengan label keluar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluar. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

DUA LAGI AHLI PARLIMEN KELUAR BN

- 0 komentar

Monday, 12 November 2012

TAMBAH......Mampukah Anwar menambah koleksi barangan antik nya pada 24 November 2012 setelah begitu lama berlaku tawar menawar?
Saudara Pengarang

SEJAK kebelakangan ini, kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. Antara berita paling hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau, Sabah.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat diperkatakan bahawa 2 MP yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul pada 24 November ini
Antara dua nama yang dijaja termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO; iaitu Brother Ghapur, nama jolokan kepada Ahli Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan.
Seorang lagi Ahli Parlimen yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis.
Menurut sumber, kedua-dua Ahli Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan.
Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini.
Menurut satu sumber, semakin ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen akan digugurkan pada PRU-13.
Walaupun tidak banyak isu yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun pemuja politik masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan PATI.
Seolah-olah tidak nampak isu pembangunan dicanangkan kerana tradisi Gambar Agong akan menjadi katalis kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!"; mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka mencapai Visi Tawan Putrajaya!
Salam Hormat,
SAIMON S JUMADI
[Continue reading...]

Minggu, 16 Februari 2014

Telaga tiub keluar gas metana

- 0 komentar
Salam 1 Malaysia,



KUALA TERENGGANU – Seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini semalam mengeluarkan gas dipercayai metana.
Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.
“Air itu berbau dan tidak sesuai digunakan.
“Selepas saya tarik batang paip yang dipacakkan di tapak telaga itu tiba-tiba keluar wap yang tidak berbau dan bunyi berdesir seperti gas,’’ ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, kejadian itu satu kejutan kepadanya kerana inilah kali pertama ia berlaku selepas lebih 10 tahun dia bekerja sambilan mengambil upah menggali telaga.
Musa berkata, dia segera memanggil seorang rakan lalu mereka cuba menguji gas itu dengan menggunakan pemetik api dan mendapati ia terus disambar api yang terus bernyala selama beberapa jam.
Seorang penduduk, Ali Ibrahim, 56, memberitahu, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kampung berkenaan sewaktu ada orang cuba menggali telaga tidak jauh dari tempat itu kira-kira 25 tahun lalu.
“Tetapi disebabkan takut mendengar bunyi macam gas bocor, dia menimbus semula lubang yang telah digalinya,” kata Ali.

~sumber~
*Belogfadah Sempoi :- memang terkejut bila tiba-tiba menggali telaga keluar gas....huuuhhhhh....
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Asdaq Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger