Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

VIDEO Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh

- 0 komentar





Nak dikatakan pelik, tidaklah terlalu pelik. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai misteri.
Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.
Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.
Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.
Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Wallahualam. [MyNewsHub]

[Continue reading...]

Selasa, 24 Desember 2013

Perkahwinan Tertunda Kerana Burung Hantu Pembawa Cincin Tertidur

- 0 komentar

18 Sep 2013
Satu upacara pemberkatan pernikahan terpaksa ditunda kerana burung hantu yang bertugas menjadi pembawa cincin perkahwinan tertidur di atap gereja.

Burung hantu bernama Darcy itu seharusnya bertugas untuk terbang melalui altar di Gereja Holy Cross di Wiltshire, sebelah barat daya England, dan memberikan cincin kepada   pengantin, Sonia Cadman dan Andrew Matley.

Tetapi alih-alih menyerahkan cincin, burung berusia satu tahun ini terbang ke ceiling gereja dan bertengger di sana. Perlu satu jam untuk menurunkan burung ini.

Paderi Christopher Bryan mengatakan, "Kami mencuba semua yang kami boleh untuk membuatnya turun tapi ia tidak bergerak."

Dia mengatakan burung hantu itu tampak "sangat senang" di atap dan tidak tergoda turun dengan rayuan apapun.

"Perlu waktu satu jam sebelum mereka mendapat tangga untuk menurunkannya," katanya.

Tegang

Burung hantu terlatih khusus ini disewa oleh Cadman sebagai kejutan untuk tunangannya yang tertarik pada helang.

Darcy hanya dipercaya membawa cincin replika, sedangkan cincin sebenarnya disimpan dalam saku Matley.

"Burung hantu ini dimaksudkan untuk memberikan cincin ke atas sarung tangan calon suamiku," kata Cadman.

"Tapi dia hanya terbang lurus melewati sarung tangan dan langsung naik ke bahagian atas gereja dan duduk di langit-langit.

"Dia lalu menutup matanya dan tertidur." Meski demikian, Cadman mengatakan hal ini tidak merosak hari pernikahannya "dalam bentuk apapun."

"Kami fikir itu lucu dan para tamu menunggu dengan tegang," katanya.
 BBCIndonesia.com - detikNews
 
[Continue reading...]

Kamis, 19 Desember 2013

Lebuhraya terpaksa dibina kerana sudah kritikal

- 0 komentar

Harakahdaily

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa membina lebuhraya rakyat di Kelantan selepas kerajaan persekutuan gagal melaksanakannya walaupun dijanjikan sejak Rancangan Malaysia ke 5.

"Walaupun ia di bawah bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi oleh kerana keperluan mendesak terutama di musim cuti dan perayaan, kita terpaksa berusaha untuk membinanya," kata Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyudin Hassan (gambar).

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Hari Terbuka PAS ditemui di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam.

Menurut Takiyudin, yang merupakan seorang peguam, lebuh raya terletak di bawah senarai bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Namun, oleh kerana ia tidak pernah dilaksanakan walaupun dijanjikan sejak sekian lama, kerajaan negeri Kelantan terpaksa memikul tanggungjawab ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri pernah membawa perkara ini sehingga ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun ia tetap tidak berhasil.

Ketika ditanya Harakahdaily tentang cadangan BN Kelantan yang mahu memasukkan pembinaan lebuhraya ini dalam manifesto pilihanrayanya, Takiyudin menolaknya.

"Pembinaan lebuh raya, nak buat stadium dan selesaikan masalah air sudah menjadi manisfesto BN sejak sekian lama..ia cerita basi.

"Saya yakin rakyat Kelantan tidak akan termakan dengan janji palsu ini walaupun mereka kata janji ditepati," kata Takiyudin.

Bagi beliau, BN tidak melayan rakyat Kelantan dengan ikhlas.

"Mereka sepatutnya melayan rakyat Kelantan sebagaimana rakyat negeri lain bukan menganaktirikan mereka," katanya.

Kerajaan negeri, kata beliau, akan cuba melaksanakan pembinaan lebuh raya ini semampu mungkin.

"Buat permulaan ini kita akan lebarkan jalan yang ada, betulkan jalan yang bengkang bengkok dan seumpama.

"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) selalu sebut, kalau kita tidak dapat buat semua jangan tinggal semua," kata beliau.
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Asdaq Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger