
Di China, kebanyakkan orang dewasa akan memakan tembikai untuk menyejukkan badan manakala kanak-kanak akan memakai kulit tembikai untuk mengelakkan bahang panas.
Menurut Xinhua, agensi berita terbesar di China, trend memakai kulit tembikai bermula pada bulan Julai di Wenzhou apabila foto gambar seorang kanak-kanak yang memakai kulit tembikai tersebar di Internet. Foto tersebut tersebar melalui perkhidmatan micro-blogging China iaitu Sina Weibo dan berakhir di berita televisyen.
Dalam dunia online di China, kelihatan orang ramai amat gembira dengan pakaian tembikai ini, malah ada yang menggelarnya sebagai "kreatif" dan "mesra alam". Ada juga yang menganggap bahawa pakaian ini mampu menyejukkan badan anak-anak mereka.
Walaubagaimana pun, ia bukan lah satu idea yang baik untuk memakai sut tembikai untuk jangka masa yang lama kerana kulit tembikai adalah lembap dan ia boleh membantu pembiakan kuman dan bakteria. - Kotaku





p/s: Comel je budak tu pakai sarung tembikai =D
0 komentar:
Posting Komentar