Rabu, 18 Desember 2013

Geng Helmet terkepung

Klang: Cubaan dua penjenayah yang juga ahli ‘Geng Helmet’ melarikan diri daripada pihak berkuasa selepas menyamun sebuah restoran 24 jam gagal selepas tindakan mereka memasuki jalan mati memakan diri apabila berjaya dikepung lima kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian di Bukit Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, tiga lagi rakan suspek berjaya meloloskan diri ke kawasan perumahan berdekatan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka dikepung polis. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Azman Abdul Razak berkata, sebelum ditahan semua suspek baru saja menyamun sebuah restoran dengan melarikan sejumlah wang tunai berserta beberapa karton rokok dianggarkan bernilai lebih RM10,000. 

“Sebaik polis mendapat maklumat, beberapa MPV bertindak pantas mengesan kereta dinaiki suspek.

AZMAN (dua dari kanan) memegang helmet yang digunakan penjenayah samun.

“Kenderaan berkenaan berjaya dikesan berdekatan sebuah hotel di Bandar Bukit Tinggi sebelum dikejar kira-kira tujuh kilometer. Namun, dua daripada suspek berusia 22 dan 34 tahun berjaya ditahan selepas mereka memasuki jalan mati,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini, semalam.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Asdaq Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger