Minggu, 22 Desember 2013

Piala Liga City Spurs Chelsea Menang Mudah


Manchester City, Totenham dan Chelsea mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas mudah menewaskan lawan masing-masing pada aksi pusingan ketiga, awal pagi tadi tatkala Cardiff dan Everton pula tersingkir awal.

Di Stadium Etihad, City tanpa belas kasihan membelasah pasukan Liga Kejuaraan, Wigan 5-0 menerusi jaringan Edin Dzeko minit ke-33, Stevan Jovetic (60 dan 83), Yaya Toure (76) dan Jesus Navas (86) untuk melangkah bergaya ke pusingan seterusnya.

Di Villa Park, tuan rumah Aston Villa dimalukan dengan kekalahan besar 0-4 kepada Tottenham yang membolosi gawang tuan rumah menerusi jaringan Jermain Defoe minit ke-45 dan 90 serta Paulinho (49) dan Nacer Chadli (86).

Di County Ground, dua jaringan menerusi Fernando Torres minit ke-29 dan Ramires (35) sudah cukup untuk pasukan pelawat, Chelsea mengatasi Swindon 2-0.

Namun Cardiff gagal meneruskan kemaraan selepas tewas 2-3 kepada West Ham di gelanggang lawan dengan Ricardo Vaz Te menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah itu pada minit ke-88.

Everton turut kandas apabila tewas 1-2 kepada Fulham di Craven Cottage dengan jaringan awal pelawat menerusi Steven Naismith minit ke-12 dibalas dua gol oleh Fuham menerusi Dimitar Berbatov (54) dan Darren Bent (68).

Lain-lain perlawanan, awal pagi tadi menyaksikan Burnley menewaskan Nottingham 2-1, Hull menewaskan Huddersfield 1-0, Leicester menewaskan Derby County 2-1, Southampton menewaskan Bristol 2-0, Sunderland menewaskan Peterborough 2-0 dan Watford tewas 2-3 kepada Norwich.

Lima lagi perlawanan pusingan ketiga bakal berlangsung, awal pagi esok seperti jadual di bawah ini dengan perlawanan tumpuan pastinya antara Manchester United bertemu Liverpool di Old Trafford. – mynewshub.my

AWAL PAGI ESOK:

Manchester United lwn Liverpool (2.45 pagi)
Birmingham lwn Swansea (2.45 pagi)
Newcastle lwn Leeds (2.45 pagi)
Tranmere lwn Stoke (2.45 pagi)
West Brom lwn Arsenal (3 pagi)

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Asdaq Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger