Sabtu, 21 Desember 2013

Pengundian luar negara penuh dengan kecacatan kata DAP

January 25, 2013
KUALA LUMPUR, 25 Jan - Tuduhan kecacatan dalam proses pengundian luar negara dapat menyaksikan rakyat Malaysia di luar negara dinafikan hak untuk pilihan raya adil dan kemungkinan manipulasi undi, kata pemimpin DAP hari ini.

Empat isu utama disenaraikan mereka sebagai kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam membenarkan pengundian di luar negara, menyebabkan ramai rakyat Malaysia di luar negara mempunyai sedikit masa untuk mendaftar sebagai pengundi.
“Ia mengambil mereka begitu lama untuk melaksanakannya dan ramai rakyat Malaysia yang cuba untuk mengundi sekarang tidak boleh berbuat demikian kerana mereka tidak berdaftar,” kata ahli parlimen DAP Anthony Loke kepada pemberita di sini, sambil menambah SPR juga tidak melakukan apa-apa untuk menggalakkan rakyat di luar negara untuk mendaftar ketika proses pengundian di luar negara dibincangkan.

Loke berkata sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya dalam penemuan awal telah meminta SPR untuk membenarkan mengundi di luar negara lebih daripada setahun yang lalu. Penggendali pilihan raya tersebut walau bagaimanapun, hanya mengumumkan keputusan mengenainya awal bulan ini.

Dan ramai rakyat Malaysia yang tinggal di luar negera kekal tidak berdaftar sebagai pengundi di luar negara bermakna mereka hanya boleh memohon untuk mengundi sekarang. Dengan Pilihanraya 2013 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac, pemohon baru tidak boleh menggunakan sepenuhnya proses baru itu.
Menambah kepada masalah ini adalah peraturan baru yang memerlukan pengundi luar negara untuk berada di Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari diantara April 2008 sehingga Parlimen dibubarkan.
“Apa yang dilakukan ini adalah menapis ramai pemohon. Ia adalah tidak mungkin. Mereka di luar negara sering kembali hanya untuk beberapa minggu paling banyak. Mengapa mereka menambah sekatan baru yang lebih merumitkan,” tambah Loke.

SPR juga dikritik kerana mengenakan syarat supaya pengundi luar negara hanya sehari untuk mengambil dan membuang undi mereka di kedutaan masing-masing yang boleh menjadi kesukaran bagi mereka yang tinggal jauh dari konsulat.

“Bukan semua orang tinggal di kota besar dimana kebiasaannya terletak pejabat kedutaan. Mereka harus diberi paling kurang selama tiga hari,” kata ahli parlimen Rasah itu sambil menambah ini mengesahkan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk tempoh kempen selama 21 hari.
Loke juga berkata SPR telah gagal untuk memberikan satu alasan konkrit di sebalik penolakan untuk membenarkan ejen mengundi parti untuk melihat proses pengundian di luar negara, kerana ini boleh membawa kepada percanggahan.

“Ini adalah kali pertama pengundian di luar negara akan dijalankan jadi kita tidak tahu apa yang boleh berlaku apabila undi dibawa balik ke sini ke Putrajaya sebelum diagihkan kepada kawasan masing-masing.
“Jika ejen tidak berada di sana untuk memerhatikan undi boleh dimanipulasi,” katanya.
Pengarah Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming mendakwa SPR mengatakan adalah tidak praktikal untuk mempunyai lebih daripada 200 ejen mengundi disetiap kedutaan di mana pengundian berlaku tetapi Ong berkata ini boleh diselesaikan jika SPR boleh membenarkan satu ejen dari setiap parti bertanding untuk melihat proses pengundian.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Asdaq Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger