Selasa, 31 Desember 2013

Kedah tolak pemasangan kamera AES termasuk mobile

Harakahdaily

  07 Dis 2012

(Firdaus berucap mewakili Kase dalam Himpunan  Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik tindakan kerajaan negeri Kedah untuk tidak membenarkan pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu termasuk kamera bergerak sehingga kajian mengenainya dilakukan.

Anggota Parlimen Jerai yang juga pengerusi Kase Kedah, Firdaus Jaafar berkata, pihaknya menyokong penuh langkah kerajaan negeri itu.

Firdaus ditemui selepas berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti petang tadi.

Lebih 5,000 menyertai himpunan itu petang tadi sebelum perhimpunan kemuncak malam ini.

Firdaus ketika berucap di majlis itu meminta semua pihak jangan membayar dahulu saman yang dikenakan melalui AES dan mengajak mereka melawannya di mahkamah.

"Kase menyediakan peguam untuk mewakili mereka di mahkamah secara percuma di setiap negeri," kata Firdaus.

Dalam perbicaraan yang diadakan di Kuala Lumpur, pihak yang mengaku salah dalam kes AES di dalam mahkamah dikenakan denda antara amaran hingga maksima RM300.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Asdaq Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger